Tujuan Hidup Muslimin - A man with purpose!

2 Tujuan hidup kita yang utama sebagai seorang Muslim. 

    Yang pertama adalah untuk beribadat kepada Allah Taala. Dari mana kita tahu? Dalilnya dari Quran surah Az-Zariyat ayat 56 (51:56)


Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

    

Tujuan kedua ialah sebagai khalifah. Dalilnya ada di surah Al-Baqarah ayat 30


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".

Sumber gambar ayat dan terjemahan dua ayat di atas: Surah.my


Penting untuk kita hafalkan (at least untuk diri saya hafalkan) ayat tersebut berserta terjemahannya kerana 2 ayat ini adalah perkara asas dalam kehidupan seharian kita di dunia. Selain ianya penting untuk diajarkan pada keluarga, isteri dan anak-anak kelak. 

Dalam Islam cukup indah kerana telah dijelaskan misi kehidupannya dan siap diberikan garis panduan untuk menjalani kehidupan di dunia dan kehidupan seterusnya yang terpaling penting. Malah turut diceritakan kepada kita setiap perbuatan kita akan memberikan kesan maka kita akan dipertanggungjawabkan kelak. Sedangkan di kebanyakan buku motivasi barat yang saya jumpa, video motivasi di youtube yang saya lihat, kebanyakan mereka perlu mencari sebab dan tujuan dia hidup. 'Life with purpose', 'find your biggest WHY to live' dan sebagainya yang rata-ratanya bersifat kebendaan dan merasakan sense of accomplishment di dunia yang fana' ini.

Kita diajarkan untuk memahamkan 2 tujuan hidup ini dahulu dan kemudian jadilah kita apa sahaja di dunia ini yang sesuai dengan kecenderungan, minat, peluang dan keadaan diri kita. Maka tiadalah kesalahan pun untuk menjadi seorang guru, doktor perubatan, mekanik, petani, penternak, kerani, malah suri rumah sepenuh masa sekali pun! Kerana dengan mengetahui 2 tujuan asas ini, maka kita sesuaikan dengan apa yang kita nak jadi tadi kepada 2 perkara ini dan BUKAN SEBALIKNYA.

Sebagai contoh; hidup untuk beribadah dan sebagai khalifah di atas muka bumi Allah. Menjadi doktor semata hanyalah memenatkan diri walaupun ayat 'give before you get', 'the happiest is the one giving the most' etc etc. Benar ayat ini menyedapkan hati atau 'buffers' namun kalau anda kepenatan memang tak pandang dah ayat ni rasa 'selfish' dalam diri tu akan datang, maka justifikasi quotes bertukar menjadi 'help yourself before you can help others' haha! 

Apabila kita menjaga keimanan dalam diri dan sentiasa berusaha untuk menyuburkan keimanan setiap hari, maka mindset dan approach kita akan InshaAllah menjadi berbeza. Menjadi doktor dengan niat ibadah iaitu membantu manusia kembali sihat juga untuk beribadah. Berkerja lebih masa membantu rakan sekerja kerana ibadah, meyakini pesan Baginda Rasulullah SAW :

عَنْ  أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ  قَالَ  مَنْ نَـفَّسَ عَنْ مُؤْمِنٍ كُـرْبَةً مِنْ كُرَبِ الدُّنْيَا ، نَـفَّسَ اللهُ عَنْهُ كُـرْبَةً مِنْ كُـرَبِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَمَنْ يَسَّرَ عَلَـى مُـعْسِرٍ ، يَسَّـرَ اللهُ عَلَيْهِ فِـي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَمَنْ سَتَـرَ مُسْلِمًـا ، سَتَـرَهُ اللهُ فِـي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ، وَاللهُ فِـي عَوْنِ الْعَبْدِ مَا كَانَ الْعَبْدُ فِي عَوْنِ أَخِيهِ ، وَمَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًـا ، سَهَّـلَ اللهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَـى الْـجَنَّةِ ، وَمَا اجْتَمَعَ قَـوْمٌ فِـي بَـيْتٍ مِنْ بُـيُوتِ اللهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللهِ ، وَيَتَدَارَسُونَـهُ بَيْنَهُمْ ، إِلَّا نَـزَلَتْ عَلَيْهِمُ السَّكِينَةُ ، وَغَشِـيَـتْـهُمُ الرَّحْـمَةُ ، وَحَفَّـتْـهُمُ الْـمَلاَئِكَةُ ، وَذَكَـرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ ، وَمَنْ بَطَّـأَ بِـهِ عَمَلُـهُ ، لَـمْ يُسْرِعْ بِـهِ نَـسَبُـهُ Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu , Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Barangsiapa yang melapangkan satu kesusahan dunia dari seorang Mukmin, maka Allâh melapangkan darinya satu kesusahan di hari Kiamat. Barangsiapa memudahkan (urusan) orang yang kesulitan (dalam masalah hutang), maka Allâh Azza wa Jalla memudahkan baginya (dari kesulitan) di dunia dan akhirat. Barangsiapa menutupi (aib) seorang Muslim, maka Allâh akan menutup (aib)nya di dunia dan akhirat. Allâh senantiasa menolong seorang hamba selama hamba tersebut menolong saudaranya. Barangsiapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allâh akan mudahkan baginya jalan menuju Surga. Tidaklah suatu kaum berkumpul di salah satu rumah Allâh (masjid) untuk membaca Kitabullah dan mempelajarinya di antara mereka, melainkan ketenteraman akan turun atas mereka, rahmat meliputi mereka, Malaikat mengelilingi mereka, dan Allâh menyanjung mereka di tengah para Malaikat yang berada di sisi-Nya. Barangsiapa yang diperlambat oleh amalnya (dalam meraih derajat yang tinggi-red), maka garis keturunannya tidak bisa mempercepatnya.”

Referensi: https://almanhaj.or.id/12363-membantu-kesulitan-sesama-muslim-dan-mnuntut-ilmu-jalan-menuju-sutga.html

maka dia kan dengan sendirinya suka membantu orang lain malah mungkin menawarkan diri untuk membantu saudaranya yang dalam kesusahan. Dan menjadi khalifah sebagai Doktor, dia adalah seorang yang amanah dan bertanggungjawab dalam menjalankan tugas. Merawat dan melayani pesakit sepertimana dia akan melayani ahli keluarganya sendiri, tidak menyembunyikan maklumat, jujur dan memberi nasihat, tidak membebani orang lain dengan keputusannya. Meletakkan sesuatu pada tempat yang sepatutnya dan sebagainya.

Hal yang sama boleh anda duduk dan renungkan. Bagaimana 2 perkara asas ini dapat diterapkan dalam BIDANG ANDA atau orang lain. Jadikan ia homework anda bila melihat di sekeliling. Selamat mencuba!


Seterusnya, saya ingin menyatakan disini dalam ceramah-ceramah yang saya hadiri dan dengari yang berkaitan ialah dalam hal kehidupan berkeluarga. 

  • Seorang ayah perlu menerapkan nilai ini dalam keluarganya sebagai asas untuk segala aktiviti sebaik mungkin. Ayah selalunya menjadi suri teladan di rumah dan 'living example' oleh anak-anak dan isterinya. 
  • Menyediakan keperluan untuk generasinya terus berkembang menjadi lebih baik dari dirinya dan adaptasi sesuai zamannya. Contoh yang saya dengar dari Ust Adi Hidayat, khalifah itu bukan hanya memimpin malah menjadikan yg dipimpin itu lebih baik dari dirinya sesuai zamannya. Contoh dalam Al-Quran dapat dilihat dari kisah keluarga terbaik yg menjadi contoh: Keluarga  Imran yang kemudiannya lahirnya Siti Maryam a.s dan kemudian lahirnya al masih Nabi Isa a.s.
    MashaAllah dari sebuah keluarga yang bukan nabi kemudian melahirkan seorang wanita yang solehah dan seterusnya menjadi paling baik iaitu anaknya menjadi seorang nabi.
Jadi point penting yang ingin saya sampaikan ialah kita sebagai seorang lelaki yang mungkin akan berkeluarga, akan menjadi ayah, tanggungjawab kita sememangnya besar dan harus kita berfikir panjang sesuai dengan penciptaan lelaki yang pemikirannya objektif, dan dalam surah An-Nur 4:ayat 34, Allah menyebut lelaki ini sebagai pemimpin kepada wanita: 

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukulah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
 
maka saya mengajar pembaca yang budiman, biarlah kita menjadi lelaki, suami, pemimpin, ayah, bos di tempat kerja, yang sedaya upaya cuba menerapkan tujuan penciptaan yang dibincangkan tadi menjadi sebahagian dalam kehidupan harian.

  • Anticipate keadaan dunia dan persekitaran semasa. Apa yang generasi kita mungkin perlukan untuk survive. 
  • Renungkan bagaimana diri kita dan perbandingan dengan ayah kita, ada tak penambahbaikan?
  • Sekiranya kita diberikan masa dan tenaga sekarang, kemana dapat kita salurkannya untuk masa hadapan yang lebih baik dan selamat (dari fitnah akhir zaman)
  • Apakah yang boleh kita perbaiki dalam diri sama ada tambah good habits atau buang bad habits!

Akhir kata, sekiranya ada kaum hawa yang membaca, saya bukanlah biased pada lelaki sahaja, benci wanita itu amatlah jauh sekali. Saya pun ada wanita dalam kehidupan saya, ibu, adik, kakak, crush? haha tapi tujuan penulisan saya ini fokusnya pada lelaki.

Kepada lelaki, ada sebabnya kenapa banyak popular quotes berkenaan man with purpose.

Bahtera rumah tangga perlukan seorang Captain yang jelas tujuan hidupnya




Hal yang sering lelaki rasakan (at least for me) ialah bila berada dalam situasi yang kita tidak diperlukan atau tidak ada apa yang boleh dilakukan tapi sesuatu perlu dilakukan (incompetence). Rasanya memang pedih, useless, rasa baik takpayah ada kat sini dan sebagainya. Dari kecil memang lelaki sifatnya competitive. Dalamnya ada rasa ingin bersaing dgn rakan sebaya, menjadi lebih baik dan itulah yang memberi motivasi kepada tujuannya untuk bersaing. Become a better person!

A man with purpose
Dan perlu dibezakan ya dalam intergender relation. Men-women is not to compete but to complete! 

Semoga bermanfaat !


Comments

Popular posts from this blog

Ketika Umurku Bertambah

Tambah Gadjet? Ipad Pro 2020