Tambah Gadjet? Ipad Pro 2020
Tak lama lagi dijangka akan keluar dah iPad Pro 2021 dalam suku pertama tahun 2021 ini. Tapi tu lah abah dah geram nak pakai ni. Selalu dia tanya aku bila nak jual kat dia ipad pro 2020 aku nih. huhu.
Asalnya dah janji nak jual dalam hujung bulan 2 lah. Sebab aku masih banyak nak pakai lagi ni buat reading editing apa semua. Risau juga kut aku menjadi punca meracuni abah sebab aku selalu ja guna banyak tempat dalam rumah ni, pindah-pindah sebab senang. Kejap meja makan, kejap kat halaman rumah, kadang kat ruang tamu. Siap 'menconteng' lagi atas screen tu. mana tak menariknya.
Suatu pagi pada 2 hari yang lepas, masa sarapan dengan halaman rumah. Entah mimpi apa agaknya abah ni terus ajak pagi ni lepas sarapan kita terus pergi angkat ipad eh abah dah mengigau katanya. hahaha tergelak aku dengar ayat ni. Alang-alang tu dapat lah hantar servis kereta Saga untuk adik aku nak intern nanti.
So kami pun pergi ke Mac City, aku guide lah abah sebaik yang boleh. Takda bias lah hopefully. Aku pun cerita juga alternatif lain kepada ipad macam Samsung Tab yg terbaru ni pun canggih juga tapi abah tetap nak try produk epal digital ni. Yelah kita kena bagitahu options baru orang boleh buat informed decisions.
Okay sampai dalam tu terus survey lah. Dari ke saiz, pencil dan magic keyboard. Rasanya aku boleh dah jadi sales person sana sebab aku pun pengguna iPad dan banyak dah survey-survey sebelum beli dulu. Dah habis puas tanya okay confirm nak amik ni, tapi abah prefer bayar cash. Mula tu nak try 0% interest instalment tapi tak semua bank available. Maka beli dengan cash, ikut idea aku maybe?
Before ni abah pernah lah tanya aku takda dompet ke?
Aku jawablah ada tapi dalam tu semua kad-kad sahaja. Kad MPH, Popular, Library, dan seterusnya lah. Cash aku memang selit kat satu sampul kad pengenalan camtu. Dalam tu memang ngam untuk IC, lesen dan sekeping dua kad bank. Simple ja cash pun selit2 ja dalam tu. Kalau perlu bayar amount besar, aku pergi jalan cari ATM, withdraw dan bayar. Aku nampak benefit dia banyak kat sini.
Kelebihan Bayar Guna Cash Sewaktu Membeli Belah
1. Kadang masa dengar sales person cakap kita pun boleh terleka, terpukau, terpesona dengan sesuatu barang tu sampai tak sempat kita nak berfikir, terus letak kat cashier. Pada aku ni bahaya so aku tak kisah pun leceh sikit pergi cari ATM sambil tu kasi tenangkan diri dari diracuni
2. Sewaktu kita berjalan keluar dari premis mencari mesin ATM, sambil tu sebenarnya kita ada masa untuk menilai balik berbaloi ke kalau beli, kehendak ke keperluan ni, kenapa aku nak beli. The questions goes on sampai lah duit cash dah ada kat tangan. Ada certain times memang tak masuk balik dah kedai tu sebab berubah fikiran melihat baki account tinggal cukup makan saja bulan tu. huhu
3. Bila kita tak terus beli satu barang tu, kita akan ada masa untuk survey kedai lain sebenarnya. Tu bila satu kedai ni dah letak harga, kita compare dengan kedai lain. Kadang tu sempat lagi kalau tunggu turn beratur dengan ATM tu kan boleh kejap google atau cek dekat Lazada/Shopee, sebab certain barang situ memang murah lagi. Tengok lah costing shipping dan sebagainya, kalau rasa banyak dapat jimat memang tak jadi beli dah. Simple
4. Kalau barang mahal tu lebih RM1k lah kan contohnya, sewaktu pegang duit tu kita sendiri dapat rasa lah beratnya nak bagi orang banyak-banyak nih. Lagi menghargai aku rasa sebab nampak sendiri duit tu kita pass kat tangan cashier, dok perhati dia kira duit tu sehelai demi sehelai. Memang takes time and bagi experience yang lain compared to guna debit/credit ni. Sekali kita swipe tak rasa anything loss pun. Selagi boleh swipe rasa nak pergi smua kedai main swipe-swipe.
Okay now abah dah beli ipad, register apple id kat kedai. Waktu nak kemas balik masuk kotak tu, akak kedai ni dia terslip, jadi terhentak sedikit kat atas meja. Cepat-cepat dia "sorry! tak sengaja" sambil dia cek kut ada calar. Tak ada pun tapi scene yang ringkas ni buat aku termenung sekejap.
Barang mahal macam ni orang punyalah berhati-hati jaga dia, pegang dia, sayang dia. Sebab dia mahal? Aku pun ada rasa sayang kat barang-barang sendiri tapi phone aku ni tak kesah pun kalau jatuh, terlepas dari tangan, jatuh katil even kadang aku campak je atas tilam. Sebab taknak rasa sayang kat dia. hahaha
Maka kat rumah, sesi tutorial pun bermula. Ajarkan abah nak biasakan gunakan dia, interface dia. guna 5 jari ni lepastu kuncupkan dia nak minimize app dan lain-lain. Seronok tengok abah semangat nak belajar guna teknologi ni untuk kerja-kerja pejabat dia. Lagi seronok dengar abah kata "bestnyaa!" dengan reaksi yang teruja. hehe. Walau apa pun lepastu aku terus doa mohon agar gadjet ni membantu abah dalam urusan kerjanya, tidak melalaikan Abah. Masa nak beli haritu pun Abah kata banyak ebook abah boleh baca ni kat shopee ada jual murah-murah ja. hahaha. Okay abah, selamat menggunakannya untuk kebaikan, semoga aku dapat juga sedikit saham kebaikan.
Bulan Februari nanti aku inshaAllah nak jual iPad Pro 2020 + pencil aku ni. Nak upgrade to 2021 punya dalam bulan March/April. Fuhh !

Comments
Post a Comment