Ketika Umurku Bertambah
Syukur Alhamdulillah hari ini masih diberi kesempatan untuk meneruskan perjuangan mengumpul bekalan sebelum pulang kepadaNya.
Kalau ikut kalendar Masihi memang birthday aku lah hari ini 20 Jan 2021
Dan tajuk posting yang ni pun dari ceramah di YouTube oleh Ust Dr Shafiq Riza
Link di bawah kalau nak tengok video fullnya buat muhasabah di hari kelahiran sendiri
https://www.youtube.com/watch?v=qFWXjT9hyGI
Maka bila umur sudah bertambah, soalan yang bermain di fikiran adalah:
apakah perkara lain yang turun ikut bertambah?
kalau ibadah, Alhamdulillah teruskan sehingga istiqomah sampai mati
tapi kalau maksiat dan dosa, nauzubillah segeralah kau bertaubat wei
kalau harta? Alhamdulillah juga itu satu amanah yang besar, dari mana sumbernya kena cek dan kemana akan dibelanjakannya perlu dirancang sebaiknya
Dan harus kita ingat, ucapan "Tahniah", "Congratulations" itu adalah hasil pencapaian. Umur kita ni pula bergerak mengikut masa. Ada atau tiada usahanya tetap rata-rata orang akan sambut. Ini adalah sesuatu untuk direnungkan, apakah hasil usaha dan pencapaian yang telah dilakukan.
Jadi untuk muhasabah diri di sini aku share, dari tahun lepas sehingga tarikh kelahiran tahun ni
Sebelum itu mari kita revise semula hadith baginda Rasulullah SAW berikut :
![]() |
| Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara |
Jadi 5 point ini aku guna sebagai indikator progress sepanjang tahun 2020 yang lalu, inshaAllah
1. Kaya sebelum Miskin
Alhamdulillah atas segala kurniaanNya, sepanjang tahun 2020 aku sedar elaun yang diterima bukan untuk selamanya. Takdalah kaya pun tapi yang penting cukup lah untuk tampung kos hidup dekat KL tu macam makan, pakaian, alat tulis & buku, pengangkutan. Aku ada options masa itu: 1- untuk simpan sebanyak yg mungkin (pelaburan & saving) dan 2- invest semampu yg boleh untuk personal growth dan development.
Lalu option 1 tadi aku minimumkan dan tak berkira dalam personal investment.
Antara usahanya:
- Belajar Memanah.
Masa ni selepas injury awal tahun sebab main volleyball. Sukan dah kurang jadi minat datang dekat memanah ni. Google kelab memanah jumpa yang paling dekat masa tu iaitu di Gombak. Beli barang memanah satu demi satu. Bulan first beli traditional bow brand Epic dekat Excella Archery Wangsa Maju, kemudian bulan seterusnya beli arrow Gold Tip sebab tu je yg ada rupa klasik and seterusnya beli thumb ring dan last sekali beli portable target brand McKenzie. So tempat nak pergi belajar tu dekat Gombak maka naik motor kapcai yang aku beli secondhand ni, Yamaha Lagenda 110. Syukur sangat sempat belajar memanah even ada MCO tengah bulan, PRO exam hujung bulan dan banyak lagi dugaan. Dapat lah belajar basics dan tambah kenalan saudara saudari pemanah traditional
Ilmu ini sangat mahal bagi aku, dan azam aku untuk kembangkannya dan ajarkannya supaya pahala berterusan. Aku dah ajar sikit introduction dekat Habib, sempat sharing dekat Acap Boi dan adik-adiknya. Also belikan satu set for my little brother dan sempat lah satu session sebelum dia balik sekolah.
- Berkuda
Selepas beberapa bulan post-injury, kaki ni dah boleh jogging, naik turun tangga dan boleh carry out normal daily activity (solat takleh duduk tahiyat T.T). Maka aku mula mencari kelas berkuda pula. Mula tu jauh sangat dekat dengan MAEPS, tapi selepas contact mereka, ada satu dekat dengan UIA Gombak. Set appointment, datang ingat nak melawat dulu, terus dia kasi ride satu kali and on class. Deposit terus dah lepas kelas tu. Bayar for membership 1 year + basic course ada 5 session. Lebih kurang RM450 tak silap masa tu. Tapi equipment semua pinjam sana mcm helmet tu. Just bawak diri pakai tracksuit berkasut jogging saja aku masa tu, takdahal.
- Kamera dan PC
Adalah sekali tu member ajak travel ke Pangkor. Before ni punya travel session guna GoPro Hero 7 ni sebab banyak aktiviti air dan lasak kat theme park kat Penang tu. This time aku ada lah beli accessories GoPro mcm dome, battery lebih (beli secondhand). Dapat lah prektis videography sikit dah gian nak mengedit nanti hilang skill pulak.
Also aku beli Canon EOS M50 few months later masa tu sebab nak prepare sebelum pergi Battlefield Medicine tapi at last tangguh sampai kesudah tak buat. Yelah dah selalu kena detail jadi AJK videography and photography nih. tau sangat dah memang kerja aku lah tu nanti. Maka invest dekat situ lama juga kumpul duit rasanya. Tambah pula masa ni dah final year kan, gambar kenangan pun tak banyak sangat sebab semua yang acah kononnya busy study. hahaha tapi memang study pun cuma bukan setiap masa !
Last skali aku beli PC for the first time in my life, ada PC sendiri. That time my sis perlukan laptop for her work, dia memang ada plan nak beli pun tapi kalau tengok budget dalam 1500 rasa tak berbaloi lah nak suruh dia beli. tambah pula untuk kerja office je kan. So aku pun bagi hadiah kat dia laptop Hp merah kesayangan aku nih yang dah pakai lama and dah macam-macam aku upgrade. Laju and buttery smooth punyalah kalau setakat office works. Sebab selalu aku guna buat editing and rendering. So begitulah, tapi akhir tahun 2020 sebelum Final Pro Exam, aku jual dah PC ni sebab makan space yang amat, tak mudah eh nak bawak balik rumah (especially balik naik bas time PKP dulu memang terpaling azab lah PC, monitor), dan sebab nampak gayanya mula dah nak addict dekat games (Call Of Duty, Assasin Creeds, GTA V). fuhh bahaya ni nak exam dah. so aku jual dekat website Mudah, ada sorang bapa orang ni nak beli untuk anak dia, katanya lah.
- Buku dan Seminar
Ya masih lagi beli buku fizikal sebab sebahagian penulis ni tak jual dalam ebook. Banyak buku yang berkaitan kewangan, rumah hartanah, emas dan online course/apps macam blinkist, scribd. Memang berbaloi buku yg aku beli ni semua. Along the progress tu memang yakin lah dengan step yang aku ambil ni iaitu invest the most in yourself!
Kalau minat boleh cari buku karya Azizul Azli (kewangan & hartanah) , Puan Ainon Mohd (business), Harith Faisal (kewangan & hartanah), Shukor Hashim (emas), Mohd Zulkifli Shafie (emas).




Comments
Post a Comment